Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....
Tiada Tuhan Yang Aku Sembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.....
Hari ini kita bermula,
Di sini, di muka bumi Allah ini kita bermula,
Pada saat ini kita bermula,
Detik ini pasti kita bermula,
Mampukah kita bermula dengan kalimah2 yang mengagungkan Maha Esa?
Maha Berkuasa,
Maha Penyayang,
Maha Pengampun,
Maha Mengetahui.....
Justeru,
Ingatlah sampai bila kita hanya mampu bermula?
Ingatlah akan tiba masanya pasti kita akan akhiri,
Hari ini kita akhiri,
Di sini, di muka bumi Allah ini kita akan akhiri,
Pada saat ini kita akan akhiri,
Detik ini kita akan akhiri,
Mampukah kita akhiri dengan kalimah2 yang mengagungkan Maha Esa?
Maha Berkuasa,
Maha Penyayang,
Maha Pengampun,
Maha Mengetahui.....
Sudah terlambatkah kita?
Sudah terlewatkah kita untuk bermula?
Mulakan dengan lembaran2 segar,
Mulakan dengan kalimah2 suci,
Mulakan dengan bunyi2an merdu,
Mulakan dengan wangi2an semerbak,
Mulakan dengan langkah2 kejayaan,
Mulakanlah dengan niat yang satu,
kerana Allah Penciptaku.....
Amin.....
'Perkenanlah permintaan hambaMu yang kerdil, tiada kuasa, tiada kemampuan melainkan dengan izinMu'
- GA -
Wednesday, February 18, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)